Tuesday, April 23, 2013

Ceria

Aku datang lagi
Saja penuhkan hari aku dengan menulis
Mendengar kata bicara hati
Ah, persetankan mereka sekeliling
Yang aku pasti aku tenang
Cuma satu per satu aku akan rungkaikan

Aku yakin blog ini tiada pembaca
Kalau ada pun
Mahir sungguh kau mencari

Salah sebenarnya
Cuma aku rasakan bahawa lima tahun aku sia sia
Aku bodoh

Itu sahaja

Rugi masa tenaga
Lelaki tak cukup satu
Aku berterima kasih
Sebab dengan kau
Aku kini belajar menilai
Aku kini belajar berhati hati
Aku kini belajar benci orang
Dan aku bosan dan sangat malas nak bercinta

Katakan lah pada aku ini semua permulaan
Cuma entah
Hati aku tersimpul mati
Kau pergi bawa semua sekali

Hebat betul permainan
Semoga kau bahagia la yeeee!

Bosan tau cakap pasal kau
Bukan itu je
Dengar nama pun dah marah

Alhamdulillah
Memang itu yang aku nak
Semoga hati cekal

Aku tahu, Adam aku dekat luar
Awak jaga diri okay

Sunday, April 21, 2013

Berdiri

Aku kembali menulis
Setelah sekian lama
Menjadi sang dedaun kering
Aku penatlah

Sepanjang aku masuk belajar
1001 perkara terjadi
Baik buruk
Ada dengan kau
Bukan dengan kau
Semua buat aku teguh berdiri
Menjadikan aku adalah aku

Setiap kali aku teringat
Hati aku sakit
Permainkan hati seperti tiada hari esok
Seperti kau hidup untuk selamanya
Tidak mengapa kekasih lama
Mainlah hati aku sebanyak yang kau mampu
Aku percaya pada Allah
Aku bukan seorang
Aku ada Dia

Tapi
Kau kena ingat
Allah Maha Adil
Allah Maha Mengetahui

Dan
Sekarang aku penat
Aku pergi
Aku lari
Aku berani mengatakan
Aku tidak lagi inginkan kau
Yes, aku yakin itu benar

Benar dan pasti

Sekarang aku dah mampu tersenyum
Mendengar nama kau
Aku bosan